
Kuih tepung bungkus ni..terhasil selepas dapat talian hayat dari ibunda :D. Berbanyak-banyak terima kasih atas tunjuk ajar! Sememangnya, bulan puasa adalah masa terbaik untuk belajar masak kuih tradisi ( kenyataan ni terpakai untuk saya) sebab pada masa ni lah teringat nak makan macam-macam kuih lama. Mari membungkus tepung...
Bahan-bahan
Untuk 12 biji tepung bungkus
Kepala santanDaun pisang secukupnya-dibersihkan dan layur di atas api seketika
1 biji kelapa parut
1 cawan tepung beras
sedikit garam
-perah kelapa parut, dapatkan 3 cawan santan. Jika menggunakan santan segar, campurkan 2 cawan santan segar + 1 cawan air
-campurkan santan dengan tepung beras dan garam,kacau sebati dan masak sehingga pekat di atas api.
Doh tepung pulut-1 cawan tepung pulut
-air secukupnya
-Uli tepung pulut dengan air.Tambahkan air sedikit demi seidkit sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat pada bekas.
Inti2 cawan kelapa parut -putih
1 keping gula melaka
1 sudu besar tepung pulut
sedikit air
-Masak gula melaka dengan air sehingga gula melaka hancur
-Kemudian masukkan kelapa parut, kacau hingga ia masak dan boleh dijemput.Masukkan tepung pulut dan kacau seketika.Setelah ia mesra, bolehlah ditutup api.Pastikan intinya sejuk dahulu sebelum dibalut dengan bahagian doh tepung pulut agar tidak mudah terburai.
-Bulat-bulatkan inti,kemudian balut inti dengan doh tepung pulut seperti cara membuat buah melaka.
Cara-cara membungkus1.Potong daun pisang, letakkan 2 sudu besar kepala santan
2.Letakkan 2 biji inti inti, kemudian letakkan sedikit lagi kepala santan ke atasnya.
3.Kemudian bungkus daun pisang dengan rapi,lipatkan pada kedua-dua hujungnya.
Ulang sehingga habis adunan.
4.Didihkan air dalam pengukus sehingga mendidih,kemudian kukus kuih selama kira-kira 15 minit.
Sejukkan sebelum dihidangkan.