Friday, December 16, 2011

Evening Dress



Salam

Berikut hasil sulaman reben pertama saya buat pada gaun. Terima kasih kepada Man Yee, atas kepercayaan yang diberikan. Gaun ni adalah dari fabrik tafetta, kainnya lembut dan nipis jadi perlu berhati-hati agar sulaman tidak merosakkan kain. Pelanggan telah berikan saya lakaran design dan warna yang dikehendaki. Jadi tugas saya agak mudah cuma saya ambil masa yang sangat lama untuk siapkan. Sulaman ni saya buat semasa dalam tempoh berpantang. {Alhamdulillah, saya selamat melahirkan anak ketiga pada 20 Oktober yang lepas}. Sepatutnya gaun ni disiapkan sebelum tarikh jangkaan bersalin, namun saya bersalin awal 2 minggu jadi tempahan ini mengisi hari-hari berpantang saya di kampung :D

Sulaman ini merangkumi bahagian dada, pinggang dan juga bahagian belakang. Foto di atas tidak menunjukkan hasil terakhir kerana saya buat tambahan bunga-bunga pada bahagian dada. Juga bahagian belakang tak dapat nak dipaparkan disini.