Saturday, May 8, 2010

Apam Tapai Beras


Ni kali pertama buat apam tapai sendiri..sangat hepi bila hasilnya semua kembang mekar dan menjadi... dan sangat berterima kasih pada bonda yang menurunkan resipi ni.  Resipi ni beliau olah sejak dari zaman mudanya dulu, semasa sukatan masih menggunakan kati.

Resipi seperti di bawah..cuma saya nak highlight step No 4.. adunan ni perlu dibancuh dengan eno 'batch by batch' ikut berapa banyak acuan yang dapat dikukus dalam 1 kukusan. Kalau kukusan besar dapatlah kukus lebih banyak dan jumlah eno pun tentu lebih sikit. Yang ni kena agak-agak sendiri berapa banyak nak letak eno. Secara pukul ratanya, boleh letak dalam 1 sudu teh  eno dalam untuk 1 bancuhan yang muat 10-15 biji acuan kukus.Jangan letak sampai 4 sudu besar sudah!

Tentang masa perapan selama 5 jam pula..saya dah try kukus  sikit selepas diperap 2 jam ( ni kes orang tak sabar..udah la kena tunggu 3 hari 3 malam..kena tunggu extra 5 jam lagi..mana ambo tahan ).. saya dapat apam yang mekar dan pecah, tapi ia kurang gebu. Selepas perapan  4 jam setengah, apam jadi lebih gebu dan sudah tentu lebih sedap.

Bahan-bahan

600 gram tepung beras
240 gram gula
3 gelas air (750 ml)
1 pinggan tapai nasi
Eno

Untuk Tapai Nasi
1/2 biji ragi
1 pinggan nasi

Cara-cara
1.Hancurkan ragi dan gaul rata bersama nasi. Simpan dalam bekas tertutup dan biarkan selama 3 malam, sehingga ia menjadi tapai yang telah berair.
2. Campurkan tapai nasi,tepung beras, gula dan air. Kisar sehingga semuanya sebati. Perap selama 5 jam.
3.Sediakan kukusan.
4.Masukkan sedikit adunan yang telah diperap tadi ke dalam sebuah mangkuk. Anggarannya, adunan itu cukup untuk 1 kukusan.Masukkan kira-kira 1 sudu teh garam eno ke dalamnya, kacau sehingga rata. Boleh letakkan sedikit pewarna jika suka. Kemudian masukkan adunan ini ke dalam acuan-acuan kecil.
4.Kukus dengan menggunakan api yang besar kira-kira 7 minit.Jangan kukus terlalu banyak dalam satu kukusan dan  jarakkan antara mangkuk.
5.Ulang langkah ke 4 sehingga semua adunan habis dikukus.
5.Bolehlah di angkat dan dihidangkan bersama kelapa parut yang telah dicampurkan dengan sedikit garam.

my mom's handwriting-she wrote  the recipe in my diary while she visited us last 2 months..tapi sekarang dah penuh dengan lakaran abstrak si Aisha..dan dia bawa sekali ragi dan eno supaya saya boleh terus cuba buat sendiri.. terima kasih Ma!

0 comments: