Monday, January 4, 2010

Soft Marble Cake

Gambar ni ambik dalam 2-3 minggu sudah agaknya..ni dalam proses nak clear dan publish gambar dalam folder makanan tahun 2009 yang tak ter upload sebelum ni.


Resipi kek marble yang lembut dan sedap dari blog Noreen..selalu kalau masuk blog Noreen ni kan..memang ada masalah besar...problemnyer..ada banyak resipi kek dan kuih2 yang buat hati jadi terliur dan angin rajin tu datang menyapa2..semuanya teringin sampai tak tahu nak cuba yang mana dulu! kek marble ni memang lah sedap..lembut sangat ...dan laku bak goreng pisang panas!

Resipi asal oleh Puan Aini Salim..terima kasih!

Bahan-bahan:
270gm mentega
250gm gula kastor
260gm tepung gandum
1 camt baking powder
6 biji telur
2 camb susu pekat manis (condensed milk)
1 camb ovalette
1 camb air
1 camt esen vanila
10gm serbuk koko
1 camt chocolate emulco - optional tapi kalau ada lagi bagus untuk mendapatkan warna

cara:

1. griskan tin kek berukuran 10 x 7 x 3 atau 20-23 cm springform. ketepikan
2. ayakkan tepung bersama2 dengan baking powder dan ketepikan
3. satukan mentega, susu, esen vanila dan pukul sehingga gebu dan ringan (apabila diangkat dengan spatula adunan tidak jatuh). ketepikan
4. kemudian satukan telur ovalette, air, gula, campuran tepung tadi dan pukul sehingga kembang dan rata
5. masukkan adunan mentega (no. 3) ke dalam adunan no. 4 dan kacau rata
6. keluarkan 1/4 adunan dan campurkan dengan serbuk koko dan chocolate emulco. kacau sehingga sebati
7. masukkan 3 senduk adunan plain ke dalam tin kek dan 1 senduk adunan cokelat
8. ulangi sehingga habis adunan digunakan
9. ambil chopstick dan buatkan bentuk marble
10. kemudian bakar pada suhu 180C selama 45-50 min atau sehingga masak
11. setelah masak padamkan api oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 min
12. selepas itu bolehlah dikeluarkan dari oven dan biarkan betul2 sejuk barulah dipotong kek tadi

note: sedap, lembut dan senang dibuat

source: puan aini salim (diubah sedikit)

..

7 comments:

indahhouse

Salam kak zaliana,
Nampak soft rupa kek marble ni. Terkenan lak saya. hihi

Anonymous

Terima kasih atas informasi menarik

Anonymous

Terima kasih atas informasi menarik

Anonymous

Ya, mungkin karena itu

zaliana

indahhouse: salam! cubalah ye..sedap tau :D

anonymous: sama2 !

HaSue

salam kak...
Mesti sedap n lembut kek ni kalo tengok bahan2 tu kan kak...ada masa nanti leh try ni.. kalo dah try nanti ajak akak jamu mata skali..hehe

zaliana

hasue..best best..cubalah :D