Wednesday, November 25, 2009

Cake Durian Fudge


Kek durian ni, baru siap tadi..seorang kawan , suezy ada bertanya tentang resipi kek durian. Rasanya sebelum ni pernah cuba 2 resipi muffin durian, dan teringat ada 1 resipi kek durian yang belum dicuba. 2-3 hari asyik baca resipi...takat baca ajelah sebab dok pikir nak cari durian kat mana. Ishkk nak cuba jugak ni, kek dengan toppingnya letak durian..macam manalah rasanya yer..nampak macam sedappp aje..Rasanya ada 1 gerai durian tepi jalan kat Salak nun. Bila dah jumpa durian terus baking :D Inilah hasil percubaan dari buku resipi 'Kek Aneka Rasa' .

Buat separuh aje dari resipi asal, kecik ajer dapatnyer..macam dalam gambar kat atas

Bahan-bahan
8 biji telur- asingkan putih dan kuning
150 gm gula caster (saya kurangkan sikit )
225 gm tepung optima
125 tepung halus
25 gm minyak jagung
200 gm santan pekat
75 gm isi durian-dilecek halus
1/2 sudu kecil cream of tartar
1/2 sudu kecil bikarbonat soda
sedikit pewarna kuning

Cara membuatnya:

1. Satukan kuning telur, tepung optima, tepung halus,minyak jagung, bikarbonat soda dan sedikit pewarna kuning. Kacau hingga sebati dan ketepikan.
2.Pukul putih telur dan krim of tartar sehingga kembang, lalu masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga habis. Pukul hingga pekat.
3.Masukkan adunan di langkah 1 ke dalam adunan putih telur dan gaul rata. Tuangkan de dalam acuan 11" x 11" dan bakar sehingga masak.Sejukkan.

TOPPING DURIAN

1000 gm santan pekat-dari 2 biji kelapa
200 gm gula pasir
225 gm isi durian
4 sudu kecil agar-agar serbuk
4 sudu besar tepung kastad ( saya letak 8 sudu -sebab ia cair meleleh atas kek)
garam dan sedikit pewarna kuning

cara
Campurkan semua bahan, kisar dalam blender,kemudian tapis
Masukkan ke dalam periuk dan masak sehingga pekat.
Bolehlah dihias ke atas kek.

Nota Jurnal Rasa: Topping nya agak susah juga nak dilicinkan,ia meleleh..selepas tuang topping ke atas kek ,sejukkan seketika dalam peti ais,kemudian keluarkan dan ratakan. 'Piping' sedikit lebihan topping untuk membuat corak garisan ke atasnya.

Lain-lain resipi:
MUFFIN DURIO
DURIAN HAZELNUT MUFFIN

1 comments:

m4rilyn

urgh...potong stim. baru tgh layan recepe nie