Tuesday, October 6, 2009

Almond Cookies



Salam Syawal

Sudah lebih seminggu mood memasak menghilang...bukan setakat dapur siber tak berasap, malah dapur alam nyata juga suram..sudah2 lah tu demam M..demam jenis ni tak akan kebah melainkan empunya badan yang mahu berubah, kan..?

Dalam minggu lepas, Faza(my sis) beri sebekas kuih raya, almond cookies .Ia dibaluti almond flakes dan ada sedikit calitan warna hijau dan coklat di atasnya. Sedap pula rasa biskut tu. Hampir sebekas tu saya habiskan! Rasa-rasanya boleh agak bahan nak buat ni .Tambahan pula bahan kuih banyak yang belum terusik, masa beli konon nak buat macam-macam..akhir sekali seciput aje kuih raya yang siap!! Jadi petang tadi dapatlah mengadun sambil menyukat bahan. Dengan sedikit bantuan (atau lebih tepatnya gangguan teknikal dari pembantu kecil) terhasillah biskut almond cookies ni. Suka nak tulis disini,rasa dia dah lebih kurang macam yang my sis beri tu ( hehe ditimpa perasaan lah tu :P) Untuk Faza, harap sangat kalau dia boleh rasa biskut ni.

Ok, sebelum terlupa , bahan seperti berikut:

Almond Cookies
Menghasilkan lebih kurang 50 biji

Doh
120 gram tepung rose
50 gram tepung jagung
100 gram mentega
50 gram gula halus
1 biji kuning telur (saiz A)
1/2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla
20 gram serbuk badam
100 gram kepingan badam (almond flakes)


Adunan untuk hiasan
1 biji putih telur(ambil dari lebihan telur untuk adunan di atas)
70 gram gula aising
20 gram tepung gandum
Pewarna / perasa untuk 3 adunan warna:
1/2 sudu besar coffee emulco
1/2 sudu besar pandan emulco
sedikit pewarna merah + esen ros


Cara -cara
1.Gaulkan tepung rose,tepung jagung dan serbuk penaik dan ayak. Ketepikan dahulu.Pukul mentega dan gula halus sehingga sebati.Kemudian masukkan telur dna kacau rata.
2.Masukkan esen vanilla, campuran tepung serta serbuk badam. Uli sehingga ia menjadi doh.Keperluan tepung mungkin sedikit berbeza jika menggunakan tepung gandum biasa.
3. Ambil sedikit doh, buat bentuk bulat.(Bentuknya tak perlu terlalu sempurna). Golekkan doh ke atas kepingan badam.Boleh tambahkan sedikit mentega ke dalam doh agar ia menjadi lebih lembut dan lebih banyak kepingan badam boleh melekat pada doh.
4. Letakkan ke atas dulang pembakar yang telah di gris dengan sedikit mentega.Buat sehingga adunan habis.
5. Letakkan adunan hiasan ke atasnya.
6. Kemudian bolehlah di bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 darjah.

Untuk hiasan atasnya
1.Pukul telur putih sehingga gebu dan kembang.
2.Masukkan gula aising dan kacau sehingga sebati.Kemudian masukkan tepung gandum dan gaul rata.
3. Bahagikan adunan kepada 3 bekas.Kemudian masukkan coffe emulco, pandan emulco dan pewarna merah dan esen ros setiap bekas. Kacau sehingga rata. Masukkan ke dalam piping bag. Kemudian bolehlah dihias di atas adunan tadi.

6 comments:

nor64

slm za, ctk pulak hiasan biskut za ni..akak pun dah mula mengukis balik ni..habiskan bahan2 yang terlebih beli....

zaliana

ooh kak nor pun buat cookies juga musim raya ni ye..za ingat nak buat cookies lain pulak ni..hehe

Imma Yusri

cantek sangat biskut akak... macam cupcakes lak..

Unknown

salam zaliana..wah mcm best ajer biskut ni..cuma kena tunggu virus R datang..barulah leh buat..

Anonymous

Menariknye almond cookies nie... :)

lovelygift....everything u need are here

cantiknya...berkenan sesangat.tak der buka order utk raya haji ker?hehehe