Thursday, September 3, 2009

Classic Lasagne


Classic Essential Pasta..itulah buku resipi mengenai pasta yang saya beli, kira-kira 3 tahun lalu. Dari situ, saya belajar menyediakan lasagna. Setelah mencuba, tentu kita tidak lagi terlalu bergantung kepada resipi asal dan telah dapat mengagak bahan dan kuantiti yang digunakan, bukan? Resipi lasagna, ada disini sebelum ini. Resipi asal Classic Lasagne ada menggunakan 150 gram hati ayam dan pastinya mereka letak wine (gantikan dengan air+ 1 kiub ayam). Sedap agaknya kalau letak hati ayam? Mungkin satu hari nanti boleh cuba. Lasagna ini, disediakan untuk sahur kelmarin, sebagai memenuhi permintaan warga rumah.(ada ke perkataan 'warga rumah'?)

Bahan-bahan
2 sudu besar minyak masak
30 gram mentega
1 biji bawang besar-cincang halus
1 biji lobak merah- disagat
1 batang daun seleri-dicincang
500 gram daging cincang
1 cawan tomato puree
4 biji tomato-dipotong dadu
1 cawan air+ 1 kiub ayam
10 kepingan lasagna segera (instant)
1 cawan keju mozarella

Be'chamel Sauce
60 g mentega
1/3 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan susu
garam dan serbuk lada hitam
1/2 sudu teh mixed herbs
1/3 cawan keju mozarella

Cara-cara

Panaskan minyak dan mentega.Masukkan bawang,lobak merah,daun seleri, kacau sekali sekala sehingga lembut.Kemudianmasukkan daging,biarsehingga daging masak Masukkan tomato puri,tomato,air,garam,mixed herbs dan serbuk lada hitam.Tutup periuk dan biarkan merenih,kemudian ketepikan.

Bechamel sauce
Panaskan mentega,masukkan susu ,tepung gandum,garam dan serbuk lada hitam.Kacau dalam api sederhana,sehingga pekat.kemudian amsukkan keju mozarella,biar sehingga cair.

Menggunakan sebuah bekas tahan panas, sapu mentega pada permukaan bekas. Kemudian ratakan sos tomato, kemudian susun 2 baris kepingan lasagna.Sapukan sos tomato,diikuti bechamel sos ke atasnya.Ulang sehingga lapis yang kelima. Kemudian diakhiri dengan sos tomato,sos bechamel dan keju mozarella. Sekiranya sos bechamel menjadi terlalu pekat, panaskan semula,campurkan sedikit air ke dalamnya, dan kacau .Ini supaya ia mudah disapu .Pastikan setiap lapis lasagna dilitupi sos supaya masak sempurna.Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan,bakar selama 45 minit atau sehingga lapisan lasagna masak. Biarkan seketika sebelum dipotong.

0 comments: