Friday, June 26, 2009

Bun

Bun dalam gaya muffin


Bahan-bahan

125 ml susu segar
275 gram tepung roti
1 1/2 sudu teh yis segera
25 gram telur
30 gram mentega
40 gram gula
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan campuran kismis,kurma dan kekacang
-tambahan campuran kismis,kurma dan kekacang sebagai topping
-lebihan dari telur sebagai glaze

Cara-cara
1.Masukkan semua bahan ke dalam bread maker.
2. Setelah adunan menjadi licin dan tidak melekat-lebih kurang selepas 15 minit, masukkan campuran kurma, kismis dan kekacang ke dalam breadmaker.
3.Biarkan sehingga doh siap. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 150-180 darjah.Bentukkandoh menjadi bulat, masukkan ke dalam muffin cup-separuh dari bahagian cup.Tambah sedikit lagi campuran buah kismis dan kekacang diatasnya.Rehatkan doh sehingga ia naik. Sapukan sedikit telur ke atasnya.
4. Kemudian, bolehlah dibakar sehingga masak. Sapukan mentega ke atasnya, dan bolehlah dihidangkan.

Resipi yang sama, tanpa kehadiran campuran kismis dan kekacang

3 comments:

umi_e

kreatif lah za...

Jamie

wah..nampak kegebuan nya..bila lah mood nak meroti nak dtg nie...

Chah

mana za ni...asik kena makan bun je ni..nak la makan menda lain plak...