Tuesday, March 3, 2009

Muffin Durio

BERITA TAK TERKINI Sepang, 3 Mac 2009

Penduduk kawasan kejiranan disini gempar dengan penemuan bau yang amat menyenangkan tengah hari tadi.Unit letupan bom telah dikejarkan ke kawasan berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga. Menurut saksi, ini bukanlah kali pertama bau sedemikian dikesan di kawasan berkenaan.Sekumpulan penyisat telah mengesahkan bau tersebut datangnya dari sebuah unit kediaman. Penghuni rumah berkenaan telah dipanggil untuk memberi keterangan.Pihak polis turut membawa bahan bukti dari bahan yang dikatakan berbau itu. Bahan tersebut , yang dipercayai membawa kegemparan tersebut merupakan 8 biji muffin berperasa durian!!

Penghuni rumah itu ,seorang wanita dipercayai pembuat muffin tersebut. Beliau yg ditemui selepas selesai memberi keterangan enggan mengulas lanjut namun telah memberikan resipi muffin kepada para wartawan yang menunggu. Menurutnya, muffin ini sedap.

Untuk rekod, negara tidak mempunyai peruntukan undang-undang terhadap penghuni yang menggangu jiran lain dengan bau masakan mereka.Namun begitu, masakan yang enak seharusnya dikongsi untuk keharmonian dan manfaat bersama, kan!!!
· eheh sekian berita loyar buruk -saje je ni, suka-suka buat intro :D
· ** nama saintifik bagi durian adalah Durio Zibethinus

Bahan-bahan
Untuk 8 biji muffin saiz besar

250 gm tepung gandum ayak bersama 2 sudu teh baking powder
150 gram mentega
150 gram gula halus
2 biji telur-saiz A
70 ml susu segar
120 gram isi durian
-extra isi durian sebagai topping

cara-cara
Pukul mentega dan gula halus hingga kembang .
Masukkan telur dan pukul lagi.
Masukkan isi durian, teruskan memukul adunan.
Masukkan susu segar dan pukul sehingga sebati.
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit, sambil terus memukul adunan.
Masukkan ke dalam muffin cup, penuhkan sehingga ¾ bahagian.
Letakkan sedikit isi durian ke atas nya
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan.

4 comments:

hana

wakakakakakaa...sejak bila jd wartawan nih za?! ekekekeke.. lawok la kamu nih!

princessharyati

mentang2 kita ni duk nun hujung dunia.. takde durio tu...takpe2.. heheh nanti kene letak durio jenis apa tau byk spesis durio ni..hehehhe,..

aisha

wahh kak za dh jd wartawan ke? fuihh..kak za duk cite pasal durian..leleh air liur la nk mkn durian..huhuhu..akak n anak2 sihaT?

CT Delima

gebu nya muffin ni za..kalau k.ct mkn satu jer mesti dah kenyang kan..tambah lagi ada rasa durian emmm menyengat terus hehehe