Sunday, January 18, 2009

Kek Cawan Seri Pandan




Kek Cawan Seri Pandan, resipi asal oleh Chef Noraini . Resipi ini diambil dari blog Leen . Seperti kata Leen, kek cawan ini memang sedap dan berbau wangi. Terima kasih kepada Chef Noraini untuk resipi ini, juga kepada Leen yang telah sama-sama berkongsi resipi.

Ada banyak bahan yang tiada semasa nak mengadun kek ni petang semalam jadi terpaksalah ditukarkan dengan pengganti terhampir. Telur ayam diganti dengan telur itik sebab telur ayam yang ada bersaiz AA. Gula castor diganti dengan gula perang. Khabarnya gula perang lebih baik untuk kesihatan berbanding gula putih kerana ia tidak melalui proses 'pelunturan' ,yang mana telah menghilangkan sepenuhnya nilai khasiat didalamnya. [ alasan sahaja, sebenarnya memang gula tinggal beberapa sudu sahaja semalam! :P ]

Tepung superfine dan santan pula diganti dengan tepung gandum biasa dan susu tepung. (kesian betul,semua benda takde ni). Gliserin ada dalam stok, tapi kat rumah ni penggunaannya dihadkan untuk buat fondant sahaja. Bersesuaian dengan sifat gliserin yang manis dan melekit tu, ia digantikan dengan madu.

Buat separuh sahaja adunan, dan dapatlah 13 biji kek cawan yang kulihat HIJAU ni. Memang bertepatan sangatlah warna kek ni dengan suara hati rakyat yang memberi mandat kepada pemimpin baru mereka nun di Kuala Terengganu malam tadi ^-^ .

Update: Gambar kedua disebelah ini buat pada 22 Jan 2009, khas untuk kirim pada bonda. Dia suka bijan hitam jadi letak bijan..tapi masih kurang bijanlah..lain kali kena letak byk2 lagi...

KEK CAWAN SERI PANDAN

Bahan2nya :-

250 gm butter/mentega
200 gm gula kastor (ganti dengan gula perang)
4 biji telur gred B (ganti dengan telur itik)
250 gm tepung kek/superfine (ganti dengan tepung gandum biasa)
100 gm santan segar (ganti dengan bancuhan susu tepung)
1 s/k serbuk penaik
1 s/k pes pandan
1 s/k pewarna hijau epal
50 gm kelapa kering
1/2 s/k gliserin (ganti dengan madu)

Cara2nya :-

1. Putarkan mentega + gula - kembang
2. Masukkan gliserin + telur sebiji2 - putar sebati
3. Masukkan kelapa kering, pewarna + perisa pandan
4. Masuk tepung sedikit2 berselang seli dengan santan - gaul secara manual
5. Sudukan dlm acuan kertas + bakar 20 min - 180c

1 comments:

Anonymous

Wah kembang setaman...cup nya pun hijau..cantiklah..