Thursday, December 25, 2008

Ladybird n Pumpkin


Ladybird
Ini untuk Daniel..kepada ibu Daniel mai ambil (gambarnya je lah) kalau betul2 nak makan cupcake ni mai rumah :D.


Ladybird dalam taman ros

Pumpkin


Ada sikit lagi lebihan sugarpaste 3 hari lepas jadi cuba buat bentuk lain pula. Bagi yang bertanya macam mana buat sugarpaste,boleh lihat blog Suzinor,sila klik resipinya ada disini. Ini merupakan kali kedua menggunakan resipi ini, dan mula rasa 'selesa' sebab ia cepat kering. Tragacanth gum memang buat semua benda yang dibentuk tu keras kejung!

Bagi yang nak belajar sugarpaste dan fondant berikut link yang bagus.Buat masa ni tak mampu lagi nak attend class, banyak baca kat situ lah .Kalaulah dapat belajar kat ICCA tu alangkah seronoknyaaaa ^_*

1. Cake Jurnal: How To Make Beautiful Cakes,Sweet Cupcakes and Delicious Cookies
2. http://www.sugarcraft.com/catalog/misc/lessons/gumpaste.htm
3. http://members.nuvox.net/~zt.proicer/index.html
4. www.wilton.com


Untuk dapatkan warna hitam pada badan ladybird tu mula-mula cuba campurkan merah+ purple dan jadi warna dark maroon. Adunan sugarpaste menjadi lembik dan terpaksa tambah gula aising sedikit. Kemudian cuba campur warna hijau (kali ini guna pewarna serbuk pula) barulah jadi hitam.

Untuk bentukkan ladbird,mula-mula buat bentuk bulat.Leperkan sedikit denagn jari,buat garisan diatasnya menggunakan veining tool.
Kemudian ambil sedikit doh hitam,bentukkan menjadi panjang dan letak di atas bahagian atas garisan yang dibuat tadi. Untuk kepalanya,buat bentuk bulat juga.Tiruskan sedikit bahagian depan dan letakkan mata. Buat lagi beberapa bola warna hitam dan leperkan untuk jadikan tompok hitam pada badannya. Tandakan tempat untuk meletak tompok hitam tadi,dan lubangkan sedikit.Letakkan doh hitam yang bulat dan leper ke atasnya. Lekatkannya dengan meletakkan sedikit air.(Sedikit sahaja). Kakinya tak buat laa..tengok gambar Ladybird yang sebenar ada 2 tangan dan 4 kaki, tiada antenna tapi ada misai.

Untuk papan tanda bertulis nama tu pula pinjam Faris punya set playdoh.Tekapkan sahaja pada doh dapatlah bentuk bulat yang ada ira kayu tu. Banyak juga alatan playdoh yang sesuai guna untuk buat macam-macam bentuk. Antara yang paling berguna ialah macam-macam penerap dan rolling pinnya yang kecil ,senang nak mencanai. Kalau nak beli complete set Wil*** tu alahai mahalnya. Yang ada cuma flower tool set jadi guna ajelah apa-apa yang ada kat rumah ni.

2 comments:

Nanee Hamid

jeles sungguhlaaa tgk k za buat cuppies comei2 belaka nih.
nak berguru bule ka??hehehe

Kuazue Mohamad

cantek za.. tgk cuppies nie. tetambah ada bugs tu n roses.. menerik n tertarik.. azu pun duk idam nap p kelas kat ICCA.. tapi tula dia.. mana ada masa.. Thanks gak pada link yg diberi.. leh aa skodeng n tuntut ilmu...