Thursday, May 8, 2008

Kek Lapis Rubi Natasha


Resipi Kek Lapis Rubi Natasya dari buku Kek Sarawak Selera Deja Moss. Rumit betul nak melekatkan lapis-lapis tu.Tengok,yang tersilap susun pun ada. (Jika lihat betul-betul, dalam 4 blok lapis 4 segi sama tu,cuma 1 blok sahaja yang betul susunannya!! ^ __ ^ ) Lintang pukang jadinya. Kek yang telah dipotong 3 segi tak boleh dipegang dan letak banyak kali.Berderai jadinya. Masih banyak yang perlu diperbaiki. Antaranya, ada susunan yang tak rapat.Pelik betul lapis atas dan bawahnya patut ada 5 tapi tinggal 3 sahaja.Mungkin lapisan terlalu nipis.Lain kali adunan untuk lapis atas dan bawah tu elok digandakan 2. Itu belum kira lapisan yang terhangit dan tak sama tinggi.

Masa yang diperuntukkan dari mula mengira telur hingga siap bakar ialah 8 1/2 jam! Mengira semua faktor, memang patutla kek lapis ni harganya agak tinggi berbanding kek biasa. (resipi tak letak kat sini, tapi bagi yang nak , boleh emailkan alamat ke norzaliana@yahoo.com)


Dibawah ini- abadikan gambar kek berlatar belakangkan buku Deja Moss tu.Resipi asal memerlukan loyang 9 inci untuk inti dalam dan 8 1/2 untuk lapis atas dan bawah..tapi sebab takde loyang ukuran tu cuma guna loyang 8 inci ,dapat kek yang lebih kecil dan lebih tinggi.

3 comments:

||syazwaniadnan||

huwaaaa, nk nanges la tgk kek lapis k.za..
cantikkk sgt.. bile la wani nk dpt semangat bake cake lapis yg mcm ni ekk.. 8 jam 1/2 tuu.. huiiii, penyabar btul la akk ye..
kalao x sbr, mmg x menjadi kek lapis la ekk..

p/s : akk, wani tgh cari buku kek lapis deja moss ni. kt are sini dh hbs. area akk ade lg x?

zaliana

wani..kak za beli buku ni dah lama..tapi rasanya kalau kat kedai buku ada lagi..kalau tak jumpa jugak kasi tau akak ya..

baeby

akak baby suka sngt wat kek lapis,, tapi baby rasa kek 2 tak sesedp kek lapis kat kedai tak tahu lagi nak tambah ape????

akak boleh ajar tak mcmmane nak bagi kek lapis tu lembut dan bila lembut masih boleh dipegang dsn masih cantik berlapis thats mean x berburai???

and 1more thng akak tahu x mane nak dpt buku resipi kek lapis deja moss??????da puas baby cari kt kuantan msh xjumpe...kalu akak bole tolong dapatkan bgtau ye..tq