Monday, February 18, 2008

Seafood @ Bagan Lalang

Saya bukanlah peminat makan laut tapi kali ni mengidam nak makan seafood pulak..My mr right bawa ke Bagan Lalang, untuk makan sea food yang fresh kat situ.Lepas pilih apa yang nak,semua ikan tu ditimbang dan tentukan nak masak macam mana..


Gambar disebelah ialah menu special kat sini, iaitu siput pahat atau pepahat. Khabarnya haiwan bercengkerang panjang ini hanya ditemui disekitar perairan Selangor dan Sarawak sahaja. Rasanya macam makan lala,tapi isinya lebih besar dan panjang-panjang.


Menu pilihan kami ialah otak-otak sebagai starter, siakap masak stim,udang celup tepung,ketam bercili,kerang rebus,kailan ikan masin,ikan kembung bakar dan pepahat masak cili.Penuh satu meja dan tak larat nak menghabiskannya. Tak lupa nak tulis kat sini,harganya RM86.Rasanya berbaloi dan lain kali boleh datang lagi.



0 comments: