Thursday, January 3, 2008

Ayam Goreng NY


Ayam Goreng NY (NY singkatan untuk New Year)

Saya paling suka mencuba berbagai cara menggoreng ayam.Tiap2 kali goreng ayam bahan-bahan mesti berubah-ubah. Terbaru, saya goreng ayam pada 1 Jan lalu.Kali ni hasilnya nampak macam ayam goreng KFC tu.Caranya begini.

Mula-mula tumbuk lada hitam,lada putih dan ketumbar.Gaulkan bersama garam dan lumur pada ayam. Dalam sebuah mangkuk, campurkan tepung beras dan tepung jagung. Kemudian teringat pula untuk gunakan putih telur. Dalam mangkuk berlainan, pecahkan 2 biji telur, ambil putihnya sahaja dan pukul dengan whisker ballon.Sebenarnya saya jarang sgt pukul telur putih pakai whisker, lebih suka guna mixer. Tetiba dapat satu idea, apa kata kita letak sikit cream of tartar supaya telur putih ni lebih foaming? Ni macam nak buat kek span pulak kan. :D

Saya celupkan ayam kedalam campuran tepung, kemudian celup pula dalam telur putih tadi.Ada juga ayam yang saya celup telur putih dahulu, baru celup dalam tepung.Dan terus goreng dalam minyak panas. Cara mana yang lebih baik, celup tepung atau telur dahulu? Hmm entahla, lebih kurang sama je kot!Mungkin kalau nak dapatkan salutan lebih tebal kita boleh ulang proses mencelup tepung dan telur ni. Hasilnya macam mana? Memang yummy yummy & crispy!!!

2 comments:

Anonymous

awak.. saya rasakan...kalau awak buat makan2 kan mesti ramai nak datang nii.. terutamanyaa sayaaa... masak la utk saya awakkk..
re: thanks! buleh buleh.. bgtau je biler:D

zaliana

zubye..nanti lah saya jemput datang rumah yek..mesti seronok jumpa kawan2 lama kan..