Monday, December 17, 2007

Gathering Myresipi

My Resipi Grand Gathering 2007, 16 Disember 2007.

Hari yang menyeronokkan! Walaupun sebelum ini hanya bertegur sapa di alam siber,semalam dapat berkumpul beramai-ramai memang happening! Kalau la semua dapat hadir semalam,tentu lebih seronok kan. Dengan susunan makanan yang berderet-deret, kanak-kanak yang menceriakan majlis dan acara telemacth, semua terhibur.Malang sekali acara ini saya tidak dapat rakamkan melalui lensa kamera, kerana kamera rosak pula. :(( (signal kena dapatkan yang baru ni ).Tapi saya akan menulis untuk kenangan di hari esok.
Acara diserikan dengan pengerusi majlis yang bersahaja dan menghiburkan, Lilydvalley.Sebaik memulakan majlis, K.Hani memberi ucapan bagi menggantikan Tuan Admin yang tidak dapat bersama.Selepas bacaan doa makan, majlis dimulakan dengan acara makan-makan.Banyak sungguh hidangan yang sedap-sedap dibawa oleh member myresipi. Bak kata Delila, tak tahu nak makan yang mana satu dulu.Mula-mula buat pusingan dulu tengok semua macam sedap-sedap aje! Menu saya semalam ialah Makaroni Bakar dan Mixed Nuts Muffin, resipi muffin telah ditulis kat sini .
Acara diteruskan dengan telemacth oleh ahli myresipi dan ada juga acara untuk kanak-kanak. Terhibur bila tengok kanak-kanak ni joint telemacth.Sepanjang telematch,diselang selikan dengan cabutan bertuah.Sebenarnya semua orang bertuah kerana semua yang hadir akan dapat hadiah :D .Ahir sekali, sesi bertukar-tukar hadiah dan bergambar beramai-ramai.Semoga ikatan persahabatan ini berkekalan dan terus subur, jumpa lagi di gatering akan datang!!

0 comments: