Sunday, November 25, 2007

Kek Gulung Kirana


Alhamdulillah,siap juga kek gulung ni..walaupun masih kurang cantik namun cukup puas hati sebab big boss makan banyak :D.

Bahan (Untuk 2 gulung kek)

UNTUK BAHAGIAN DALAM KEK (CORAK BERKOTAK-KOTAK)
(Untuk kedua-dua bahagian saya guna loyang bersaiz 8 inci)

100 gram tepung superfine
200 gram butter
2 sudu besar susu pekat manis
6 biji kuning telur
2 biji putih telur
90 gram gula halus
30 gram susu tepung
½ sudu besar ovallet

Untuk melekatkan kek (guna pada bahagian dalam dan luar kek)
Susu pekat manis
Jam
Gaul rata kedua-dua bahan ini

Cara-cara
1)Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius.
2)Pukul gula dan telur hingga kembang.
3)Masukkan ovallet , tepung superfine dan susu tepung.Pukul hingga gebu dan rata.
4)Dalam mangkuk berasingan pukul butter dan susu pekat manis. Setelah kembang, campurkan ke dalam adunan tadi.Gaulkan hingga rata.

5)Bahagikan adunan kepada 4 bahagian .Letak dalam mangkuk berasingan.(saya timbang setiap satu supaya dapat portion yang seimbang, iaitu setiap 1 beratnya 150 gram)
Masukkan pewarna dan perasa berikut bagi setiap satu adunan :

1. Pewarna purple + jem bluberry
2. Pewarna merah + perasa strawberry
3. Tanpa pewarna, Cuma letakkan sedikit kordial periasa oren (saya guna sunquick)
4. Pandan emulco

6) Potong kertas butter cukup untuk loyang berukuran 8 ½ inci. Sapukan sedikit mentega ke atasnya. Tukar api oven kepada api atas sahaja.
7) Masukkan adunan berwarna purple, dan bakar hingga masak . (Lebih kurang 5 minit)
Masukkan pula adunan berwarna merah , begitulah seterusnya warna kuning dan hijau.
8)Setelah masak, potong kek . Pastikan lebar dan tinggi kek adalah sama.Potong guna menggunakan pembaris sebagai panduan supaya potongan sama dan tidak herot berot.

10)Setelah itu campurkan susu pekat manis dan jem. Gunakan apa-apa jenis jam pun boleh.
11)Sapukan campuran susu pekat dan jem ini pada tepi kek yang telah dipotong. Susun kek memanjang dan melintang. Kemaskan setiap bahagian dan balut dengan plastik. Simpan dalam peti ais beberapa jam, supaya cantuman menjadi rapat dan kemas.

UNTUK BAHAGIAN LAPISAN LUAR KEK
4 biji kuning telur (saiz B)
2 biji putih telur
50 gram tepung superfine
70 gram butter

Cara-cara
1) Pukul gula dan telur sehingga gebu dan kembang.Kemudian masukkan tepung dan ovalet, pukul hingga rata.Kemudian masukkan butter yang telah dicairkan.Pastikan butter cair telah sejuk dahulu.Gaulkan hingga adunan rata dan sebati.

2) Kemudian bahagian adunan ini kepada 2 bahagian. Sapukan sedikit butter pada kertas , dan masukkan 1 bahagian adunan. Ratakan dan bakar dalam oven hingga masak.

3) Telangkupkan kek yang telah masak diatas sehelai tuala bersih.Buangkan lapisan kertas diatasnya.

4) Sapukan campuran susu pekat dan jem pada bahagian atas permukaan kek.Kemudian keluarkan bahagian dalam kek yang disimpan didalam peti ais.Letakkannya di atas kek tadi. Kemudian gulung kek dengan memegang hujung tuala .Gulung kemas-kemas.Gulungan ini sebanyak satu lapisan sahaja.

5) Potong lebihan kek. Kemudian letakkan kek ke atas plastik, gulungkan kek pada plastik (kemas-kemas) dan simpan semula dalam peti ais beberapa jam . Jika dipotong terus kek tak cukup kemas.Kemudian bolehlah dipotong.






8 comments:

Kak Pah Sherry

Za..dah cantik bebenor le kek gulung tu Za...mcm yg Rabiah Amit buat dlm buku dia.. kira terror dah tu... Congrat!

Rozie

weiii...za, mana resipi ni??? tak tahan ler jamu mata lama2!!

zaliana

wah..sifu kek lapis dah mai check hasil keje anak murid dia..hihi TQ Kak Pah..melalui Kak Pah saya belajar memberanikan diri buat kek lapis ni..Rozie ..sabaq no..esok2 mai angin rajin tertampal la respi tu kat sini..tadi dah puas mengarang tetiba tak ter'save' pulak..

Rozie

tgk cara za menggayakan kek lapis ni, rasa excited pulak nk cuba...kek lapi ni mcm berhantu ,bila dh skali buat mesti nk lagi dan lagi...

Mat Gebu

Bestnyaaaa......nak try nanti!!!

jo ayee

wow..cantik..dan rumit..dan mencabar..mesti nak cuba juga..gambar tu semua byk menolong..klu tak taruk gambar..tak terbuat rasanya

jo ayee

za..kalau takder tepung superfine cam mane? bole tak ganti dgn self raising flour? ataupun plain flour?tq

zaliana

Mat..u buat musti cantik..nak gak tengok hasil kerja kaum Adam pulak..

Jo..mencabar sikit2 aje..suka u punya hasil kerja..semua nampak cantiiiiik aje..err sebenarnya kena guna tepung hongkong.tp ari tu takde tepung tu..tepung pau pun boleh guna jugak..tp kalau nak guna self raising flour takut nanti dia naik pulak..tepung gandum..tak tau la ok ke dak..