Monday, October 8, 2007

Kuih Lompat Tikam



Kuih yang mendapat sambutan hangat masa berbuka ramai-ramai last week.Yang lucu apabila berkumpul kami mendapat khidmat runding dari satu sumber untuk sediakan juadah petang tu! Sapa lagi kalau bukan Bonda..Terima kasih!!.Kuih ni mudah nak buat tapi remeh ! Ada 4 perkara yang perlu disediakan...

Pulut Merah
700 gram beras pulut
250 ml pati santan
2 cawan air
sedikit pewarna merah
sedikit garam

Cara-cara
1.Basuh beras pulut.Masukkan air dan pewarna,kacau hingga pewarna sekata pada beras.Warnakan ikut tona warna yang disukai.Biarkan sekejap,kira-kira setengah jam.
2.Sejatkan beras pulut dan panaskan pengukus.Letakkan di atas pengukus dan kukus sehingga beras separuh masak.
3.Gaulkan pati santan,air dan garam di dalam mangkuk.Kemudian tuangkan ke atas pulut dan kacau hingga rata. Kukus kembali pulut hingga masak.
4.Pulut ini boleh juga dimasak menggunakan periuk nasi.

Adunan Hijau

Bahan-bahan
500 gram tepung beras
2.5 liter air
10 helai daun pandan
4 sudu besar air kapur

Cara-cara
-Kisar daun pandan dengan sebahagian air.Kemudian tapiskan hampasnya.
-Masukkan air pandan ke dalam periuk, dan kacau bersama tepung beras dan air kapur.Kacau hingga rata,kemudian barulah hidupkan api.Ia perlu dikacau sentiasa supaya tidak berketul-ketul.
-Kacau hingga mendidih dan 'meletup-letup'.Ia perlu betul-betul masak jika tidak ia lembik dan tak sedap.Selalunnya adunan ini dikatakan masak bila terasa semakin ringan semasa mengacaunya,permukaannya agak berkilat dan sudah tidak terasa tepung.
-Sejukkan di dalam loyang,biarkan hingga betul-betul sejuk barulah dipotong.

Kuah Santan

Bahan-bahan
Santan pekat-dari 2 biji kelapa
1 cawan air
2 sudu besar tepung beras (boleh tambahkan jika mahukan kuahnya lebih pekat)
Garam secukup rasa

Cara-cara
-Campurkan semua bahan
-Kacau di dalam periuk menggunakan api sederhana. Kuah yang masak akan mendidih dan menjadi pekat.

Air Gula
Gula melaka-4-5 keping
Air secukupnya-lebih kurang setengah cawan
2 helai daun pandan
-Masukkan semua bahan didalam periuk, biarkan hingga gula larut dan menjadi agak pekat.

Bila semua telah siap dimasak bolehlah dihidangkan.

0 comments: