Wednesday, August 15, 2007

Cupcakes



Tara....Demam cupcakes...ini percubaan pertama.. herot berot tak kemas...he he..Untuk kek guna resipi Simple Fruit Muffin oleh Mat Gebu.Untuk resipi sila rujuk disini

Butter Cream
2 cawan gula aising
1/2 cawan mentega
1/2 cawan shortening
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar susu segar

Cara:
Pukul mentega dan shortening.Masukkan esen vanilla dan gula sedikit demi sedikit. Bila dah ringan,masukkan susu segar.Bahagi adunan ikut warna yang disukai.Masukkan kedalam piping bag berisi nozzle.Bolehlah dihias sesuka hati.

Ini projek buat malam tadi.Bangun mendekor nya pulak pukul 4 pagi.Macam-macam bentuk buat semalam. Seronokla pulak!!



Butter cream ni tak berapa jadi. Nampak tak cantik. Sepanjang dok mendekor ni hati berkata-kata.."mesti pegi kelas baking" mesti pegi... sebab banyak yang perlu dipelajari...dan lagi satu kalau diikut tak cukup alat nak buat bunga ros ni. Nozzle yang ada ni pun saiz kecik sgt. Nozzle utk daun pun takde. Nampak gaya kena beli nih..err rasa nak buat lagi lah..

Sebenarnya ini adalah 'rehersal'untuk buat cuppies special utk birthday Faris hujung bulan ni.Tadi dia nampak suka bila tengok cupcake ni.Dia terus hembus-hembus..ha ha ha dia ingat ni kek birthday dia la.Takpe malam ni kita potong ye Faris.Sekarang ni tak leh sebab mama nak kena pegi keje la

1 comments:

Anonymous

wah wah wah! terer dia buat bunga rose...Long, buat la yg muka ampanman (x reti la nk eja)..sure ayish suke..