Friday, June 29, 2007

Kek Keladi



Malam tadi buat kek keladi ni.Dah lama sangat janji ngan member2 di Myresipi. Balik rumah semlm tengok keladi ni dah lama sangat diperam.Sebelum buruk baik buat terus...pukul 3 pagi baru tidur.Yang anehnya sampai sekarang masih lagi steady.Alhamdulillah.. cara-cara bergambar klik disini
KEK:
250 gram sponge cake mix
5 biji telur (A)
1/2 sudu besar ovellatte
40 ml air
TOPPING KELADI:
1 kg keladi
1/2 cawan gula
3 biji telur (A)
120 gram santan pekat
300 ml air
1/4 cawan tepung gandum
20 gram tepung jagung
25 gram gelatin
Beberapa titik pewarna ungu
1/2 sudu teh garam
Kelapa kering sebagai hiasan
Cara-cara KEK :
Panaskan oven.Campurkan semua bahan-bahan kek. Pukul dengan mixer hingga kembang. bakar pada suhu 170 darjah.
Potong kek tadi kepada tiga bahagian menggunakan cake leveler atau pisau yang panjang. Kemaskan bahagian tepinya dengan memotong bahagian yang berwarna coklat.
KELADI:
Kupas keladi dan potong-potongkan. Rebus hingga empuk.
Blend keladi dengan air dan telur. Masukkan kedalam periuk.Campurkan bahan-bahan lain hingga sebati- santan,gula,tepung gandum,tepung jagung,gelatin, pewarna ungu dan garam. Kacau hingga mendidih dan masak.
Ambil satu lapis kek. Kemudian sapukan krim keladi keatasnya.
Letakkan satu lagi lapisan kek dan sapukan krim keladi ke atasnya.Ulang untuk lapisan yang ketiga.Ratakan semua bahagian kek dengan menggunakan scrapper.
Kek keladi yang telah siap diratakan. Taburkan kelapa kering keseluruh bahagian kek.
Masukkan ke dalam peti ais. Seelok-eloknya biarkan beberapa jam sebelum dipotong supaya kek kemas dan padat.
NOTA: Kek ini mengandungi santan , jadi mudah basi. Jika tidak mahu makan simpan dalam peti ais.

0 comments: